Pages

Tuesday, December 29, 2009

Jahitan manik

Check this out..
jahitan manik yang ringkas ini sesuai dipakai bukan sahaja untuk ke majlis2..
tapi ke pejabat juga sesuai kerana ianya ringkas sahaja..








anyone interested?

Selimut bayi

Selimut comel ini saya telah jahitkan khas untuk cucu saya yang bakal lahir pada bulan Mac ini, insyaAllah..
Comelkan? =)
Saya telah gunakan kombinasi warna hijau sbb
warna ini universal..
bayi lelaki atau perempuan..dua2 boleh guna..




Yang ini pula saya pilih kombinasi warna baby blue dan baby pink..
warna2 lembut sgt sesuai untuk bayi..


Kalau berminat bolehlah membuat tempahan dengan saya..=)

Pembuka tirai ~Galeri Shamsiah~

Salam muhibah..

First of all..Thanks for dropping by here.. ^-^

Blog Galeri Shamsiah ini dibuat untuk berkongsi dengan pembaca2 hasil seni yg telah saya siapkan terutamanya dalam penghasilan seni tampal cantum atau dikenali juga sebagai quilting and patchwork. Saya memang meminati kerja2 menjahit ini walaupun kadang2 agak rumit dan memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.

Namun begitu, minat yang mendalam telah mengusir segala rasa penat dan bosan untuk menghasilkan seni tampal cantum ini. Bahkan saya akan berasa sangat gembira dan berpuas hati setelah melihat hasil yang telah disiapkan. Segala usaha memang terasa berbaloi dan tidak sia-sia.

Oleh itu, jika ada di antara pembaca yang mahu berkongsi idea bolehlah memberi komen di blog saya ini ataupun menghantar emel kepada saya di rus_sham@yahoo.com. Selain itu, saya juga mengambil tempahan menjahit manik di baju dan juga menjahit selimut. Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi saya di alamat emel yang sama.

Sekian, terima kasih...